PASIR PUTEH

Bendera
Lambang
Lokasi

Pasir Puteh merupakan salah satu daripada 11 jajahan pentadbiran negeri KelantanMalaysia. Bandar terbesar dalam jajahan ini juga mempunyai nama Pasir Puteh.

Jajahan Pasir Puteh merupakan salah satu daripada enam zon yang dikelolakan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Jenis-jenis perusahaan kraftangan yang diusahakan oleh mereka adalah seperti kraftangan daripada perakbuluh daun talbesiseramiktembagadaun nipahkayu, dan mengkuang.

Jajahan Pasir Puteh mempunyai hospital sendiri, iaitu Hospital Tengku Anis yang terletak di Jalan Kota Bharu. Selain itu, jajahan ini mempunyai ibu pejabat polis sendiri, bersama-sama dengan sekurang-kurang empat balai dan dua pondok polis.

Jajahan Pasir Puteh mempunyai lapan daerah dan 73 buah mukim. Daerah-daerah itu ialah Padang Pak AmatBukit AbalBukit AwangBukit JawaKampung Gong DatukJeramLimbongan dan Semerak. Keluasan keseluruhan jajahan ini ialah 167.2 batu persegi (433.8 kilometer persegi).

Sejarah Pasir Puteh

Jajahan Pasir Puteh sudah wujud sejak tahun 1905 dengan ketua jajahan pertamanya ialah Che Ibrahim.

Pasir Puteh terkenal dengan sejarah perjuangan Tok Janggut menentang pihak Inggeris yang cuba mengembangkan pengaruhnya di daerah Jeram. Bagi memperingati perjuangan beliau, satu tugu peringatan yang dinamakan ‘Tugu Tok Janggut’ telah dibina di tepi Sungai Semerak, Bandar Pasir Puteh.[3]

Pentadbiran

Jajahan Pasir Puteh ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Pasir Puteh. Jajahan Pasir Puteh juga dibahagikan kepada lapan daerah dan 33 mukim.

Masjid

Penginapan

Makanan & Minuman

Pengangkutan

Pusat Beli-belah

Senarai Mukim

RUJUKAN

  1.  Wikipedia & Google

Artikel Terkini