PASIR MAS

Bendera
Lambang
Lokasi

Pasir Mas ialah sebuah jajahan daripada 11 buah jajahan yang terdapat dalam negeri Kelantan. Ia bersempadan dengan Jajahan Kota Bharu di sebelah timurnya dan Jajahan Tumpat di sebelah utaranya. Ia juga bersempadan dengan negara Thailand di sebelah barat dan di sebelah selatan bersempadan dengan Jajahan Tanah Merah. Seluas 3.9 peratus daripada keluasan negeri Kelantan ialah keluasan Pasir Mas atau 57,800 hektar.

Sebelum Jajahan Pasir Mas diwujudkan, ia merupakan sebahagian daripada Jajahan Kota Bharu. Walau bagaimanapun setelah dipersetujui bersama, Jajahan Pasir Mas telah diasingkan pada tahun 1918 dan diletakkan dibawah pentadbiran sendiri di bawah Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas. Pada waktu itu, Ketua Jajahan Pasir Mas yang pertama telah disandang oleh Encik Jaafar yang memegang jawatan selama satu tahun.

Projek Diraja

Projek DiRaja Tanaman Kelapa Wangi ialah hasil daripada ilham dan cadangan DYMM Raja Perempuan Kelantan selaku Penasihat kepada Projek DiRaja Kelantan. Projek ini merupakan projek pertama yang dilancarkan di Negeri Kelantan pada awal 2001

Sebidang tanah seluas 12.8 ha (31.55 ekar) telah diusahakan di Kampung Gual Mesa, Mukim Apam, Jajahan Pasir Mas yang terdiri daripada tanah kerajaan dan keadaan tanah tersebut pada masa itu adalah terbiar dan ditenggelami air.

Kerja-kerja pembangunan projek ini telah dijalankan bersama oleh jabatan dan agensi kerajaan terutama daripada jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian serta juga pihak swasta kerana tiada peruntukan wang khusus disediakan bagi melaksanakan projek ini. Kerja-kerja penyediaan plan tataatur telah disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan desa dengan nasihat teknikal diberikan oleh Jabatan Pertanian. Komponen projek terdiri daripada tapak tanaman kelapa wangi, tapak tanaman sayur-sayuran, kolam ikan, reban ternakan ayam, rumah peserta, tapak gerai jualan, pejabat dan jalan ladang.

Seramai 8 peserta telah diambil daripada mereka yang terdiri daripada golongan rakyat termiskin yang menepati kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk melayakkan mereka mendapat bantuan rumah PPRT(Program Pembangunan Rakyat Termiskin). Peserta dan keluarga akan ditempatkan di dalam kawasan projek dengan diberi kemudahan rumah dan kawasan ladang untuk menjalankan aktiviti pertanian yang telah diatur oleh pihak pengurusan.

Kerja-kerja menyediakan tapak telah dimulakan pada 28 Oktober 2000 dan kelapa wangi telah dicadangkan sebagai tanaman utama di samping tanaman sampingan dan aktiviti pertanian yang lain. Majlis Pelancaran oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan telah diadakan pada 29 Oktober 2000.

Masjid

Penginapan

Makanan & Minuman

Pengangkutan

Pusat Beli-belah

Senarai Mukim

RUJUKAN

    1.  “Laman Web Rasmi – Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Mas – Perutusan Ketua Jajahan”www.ptjpm.kelantan.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-07. Dicapai pada 2017-11-27.
    2. ^ “Laman Web Rasmi – Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Mas – Sejarah Jabatan”www.ptjpm.kelantan.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-07. Dicapai pada 2017-11-27.
    3. ^ “Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010” (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Artikel Terkini