MACHANG

Bendera
Lambang
Lokasi

Machang merupakan sebuah jajahan di utara Kelantan, dengan keluasan lebih kurang 1227 km². Machang terletak di timur Semenanjung Melayu, di dalam negeri Kelantan berhadapan dengan Laut Champa dan bersempadan dengan jajahan Kuala KraiTanah MerahKota Bharu dan Pasir Puteh.

Machang mempunyai sebanyak 93,087 orang penduduk (banci 2010). Machang juga merupakan nama sejenis pokok buah.

Terdapat 6 daerah di Machang iaitu LabokPulai ChondongPanyitPangkal MeleretUlu Sat, dan Temangan. Jumlah mukim di Machang ialah 30.

Di bahagian utara jajahan Machang terdapat jajahan Kota Bharu, di timurnya Jajahan Pasir Puteh dan bersempadan dengan Negeri Terengganu, di barat ialah Jajahan Tanah Merah manakala di selatan ialah Jajahan Kuala Krai.

Machang ialah sebuah pentadbiran daerah agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan peladang dan penoreh.

Sejarah Machang

Pada tahun 1880, sekumpulan penduduk kampung yang diketuai oleh Encik Senik Awang Kecik dari Pasir Tumboh di Kota Bharu membuka sebuah kampung Machang[2]. Pembukaan kampung ini adalah ekoran banjir besar yang melanda negeri Kelantan dan telah mendorong ramai penduduk untuk mencari lokasi baharu untuk tinggal.

Aktiviti utama pada awal pembukaan di penempatan ini ialah pertanian dan perniagaan. Sekitar 1949, jajahan Machang telah dijadikan sebagai jajahan kecil dan pada 1952, Januari 1 jajahan kecil ini telah dijadikan jajahan sepenuhnya ekoran kepesatan perkembangan kegiatan ekonomi.[2]

Tempat Menarik

Masjid

Penginapan

Makanan & Minuman

Pengangkutan

Pusat Beli-belah

Senarai Mukim

RUJUKAN

  1.  Wikipedia & Google

Artikel Terkini