LOJING

Lambang
Lokasi

Lojing adalah sebuah kawasan pedalaman dan juga jajahan kecil yang terletak di negeri Kelantan. Puncak Lojing terletak pada 2000 meter dari aras laut. Tanah Tinggi Lojing boleh dihubungi melalui Gua Musang, Kelantan dan dari Cameron Highlands, Pahang.

Pada 5 Ogos 2010 bersamaan 24 Syaaban 1431H, Pemangku Raja Kelantan, Sultan Muhammad V telah merasmikan Jajahan Kecil Lojing di Kampung Penangau, Lojing. Nama Lojing dipercayai berasal dari perkataan ‘logging’ yang bermaksud pembalakan, aktiviti yang paling banyak dilakukan di kawasan tanah tinggi Lojing. Perkampungan orang Asli di Tanah Tinggi Lojing ialah Pos Brooke.

Kerajaan Barisan Nasional di Kelantan era Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Mohamed Yaacob telah meluluskan 4,978.98 hektar tanah dengan tempoh pajakan selama 99 tahun mulai 18 Disember 19851. Antara pemaju yang menerima tanah anugerah ini ialah YAKIN, PKINK, KADA, Multi System dan Jasa Benar1.

Dari tahun 1990 hingga tahun 2007, kerajaan negeri Kelantan telah ditadbir oleh kerajaan PAS pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kerajaan PAS Kelantan telah memberi lesen pembalakan dan pertanian kepada 22 buah syarikat swasta untuk memajukan Tanah Tinggi Lojing. Pembalakan dan pertanian merupakan sumber kewangan utama kerajaan negeri PAS Kelantan sebagaimana aturan Perlembagaan Persekutuan.

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah diberikan projek membaikpulih infrastruktur sistem bekalan air di Kelantan bernilai RM950 juta. Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) merupakan anak syarikat kerajaan negeri PAS Kelantan. Infrastruktur bekalan air ini melibatkan Tanah Tinggi Lojing. Pengurusan bekalan air tertakluk di bawah pentadbiran negeri sebagaimana aturan Perlembagaan Persekutuan1.

Pengistiharan Lojing sebagai jajahan baru

Kerajaan Kelantan mempunyai satu lagi jajahan baru di kawasan Selatan negeri yang dikenali sebagai Jajahan Kecil Lojing. Pengistiharan jajahan baru tersebut telah disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra pada 5 Ogos 2010 bersamaan 24 Syaaban 1431H.

Turut hadir Tengku Bendahara Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pembesar negeri serta pegawai Jabatan Persekutuan dan Negeri. Dengan keluasan 181,700 hektar, Lojing dapat dijadikan satu jajahan yang berasaskan ekonomi pertanian dan dapat dimajukan sebagai kawasan pelancongan.

Kawasan Jajahan Kecil Lojing meliputi tiga daerah iaitu Betis, Hau dan Sigar yang keseluruhannya mempunyai 5,613 penduduk. Di majlis tersebut juga Pemangku Raja telah berkenan meletak batu asas pembinaan masjid Keputeraan yang pertama di Jajahan Lojing.

Masjid tersebut akan dibina di tapak seluas lebih 10 ekar akan dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta dan gerai jualan hasil pertanian yang dihasilkan di Lojing.

Masjid

Penginapan

Makanan & Minuman

Pengangkutan

Pusat Beli-belah

Kampung Di Lojing

RUJUKAN

Wikipedia & Google

Artikel Terkini