KOTA BHARU

Bandaraya Islam

Bendera
Lambang
Lokasi

Kota Bharu (sebutan dalam loghat tempatanKoto BaruTulisan Jawi: كوت بهارو, ringkasan: KB) ialah ibu negeri bagi Kelantan Darul NaimMalaysia. Bandar ini mula dibuka pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II pada tahun 1844, dan merupakan bandar tertua di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandar ini terletak tidak jauh dari muara Sungai Kelantan. Kota Bharu menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan negeri Kelantan. Kota Bharu tidak mempunyai rangkaian lebuh raya tetapi boleh dihubungi melalui lebuh raya terdekat Lebuhraya Pantai Timur dan susur keluar di Gemuroh, Kuala Terengganu seterusnya meneruskan perjalanan melalui Laluan Persekutuan 3 (FT 3 Jalan Kota Bharu – Kuala Terengganu) sehingga ke Kota Bharu atau menggunakan laluan Lebuhraya Utara Selatan di persimpangan Simpang Pulai yang melalui Tanah Tinggi Cameron menuju ke Gua Musang dan seterusnya ke Kota Bharu di Jalan Persekutuan 8 . Kota Bharu juga tidak mempunyai rangkaian kereta api tetapi boleh menggunakan stesen kereta api terdekat di Wakaf Bharu 5 kilometer ke utara Kota Bharu.

Kota Bharu juga merupakan salah satu daripada 11 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota BharuPasir MasTumpatPasir PutehBachokKuala KraiMachangTanah MerahJeliGua Musang Dan Lojing.

Keistimewaan dan tempat menarik di Kota Bharu.

  • Masjid Sultan Ismail Petra.
  • Pasar Besar Kota Bharu (Kaum wanita banyak berniaga di sini).
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
  • Gelanggang Seni (Tempat kegiatan kesenian dan kebudayaan).
  • Perusahaan batik (Perusahaan yang terkenal di Kelantan).
  • Pantai Cahaya Bulan
  • Pantai Senok

Kini Kota Bharu ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Sejarah Kota Bharu

Kota Bharu telah dibuka secara rasminya pada tahun 1844 oleh Duli Yang Maha Kulia [[Sultan Muhammad II] sebagai ibu negeri Kelantan yang baharu bagi menggantikan Kota Saba yang tidak lagi sesuai untuk dijadikan pusat pentadbiran negeri kerana selalu diancam dengan bencana banjir. Baginda sultan bersemayam di sebuah istana yang digelar “Kota Bharu” sempena kota yang baharu dibuka oleh baginda. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, istana Kota Bharu tersebut telah ditukar nama kepada Istana Balai Besar ekoran kekeliruan yang timbul di antara nama tempat dan juga nama sebuah istana.

Sejak itu, Kota Bharu telah mengalami proses urbanisasi yang pesat dan menjadi tumpuan penduduk di negeri ini. Pada hari ini, Kota Bharu telah muncul sebagai bandar terbesar di Pantai Timur Malaysia dengan jumlah penduduk 491,237 orang (banci 2010).

Penduduk Kota Bharu kaya dengan budaya yang sungguh unik. Lantaran itu, pada 25 Julai 1991, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai kota budaya oleh DYMM Sultan Ismail Petra. Manakala pada 1 Oktober 2005, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya Islam dengan gelaran “Kota Bharu Bandar Raya Islam”.

Kota Bharu juga ialah tapak pendaratan pertama oleh angkatan tentera Jepun pada 8 Disember 1941 semasa Perang Dunia Kedua.

Kota Bharu sebagai bandaraya Islam

Kota Bharu diisytiharkan sebagai bandaraya Islam pada hari Sabtu 1 Oktober 2005 jam 10 malam oleh Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra di Stadium Sultan Mohammed Ke IV. Perasmian diiringi pertunjukan bunga api sebagai gimik perasmian dan persembahan sajak, dikir barat, nasyid dan nyanyian oleh jemputan khas iaitu MawiM. NasirHalim YazidKumpulan Rabbani dan Akhil Hayy. Perasmian turut disaksikan oleh ribuan hadirin sehingga terpaksa menonton di layar yang dipasang di beberapa tempat di sekitar Kota Bharu.

Selepas perasmian tersebut, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) ditukar nama baru iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

Akan tetapi pengisytiharan ini bukan bermakna bandar Kota Bharu telah mendapat status bandaraya seperti yang lain, tetapi sekadar menggelarkan Kota Bharu sebagai bandar yang bercirikan Islam.

Tempat Menarik

Masjid

Penginapan

Makanan & Minuman

Pengangkutan

Pusat Beli-belah

Senarai Mukim

RUJUKAN

  1.  “Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu – Perutusan Ketua Jajahan”www.ptjkb.kelantan.gov.my.
  2. ^ “Laman Web Rasmi Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam – Perutusan YDP”mdketereh.kelantan.gov.my/.
  3. ^ “Peruntukan YDP MPKB-BRI (Laman web rasmi MPKBBRI)”mpkbbri.kelantan.gov.my.
  4. ^ “Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu – Latar Belakang PTJKB”www.ptjkb.kelantan.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-07. Dicapai pada 2017-11-27.
  5. ^ “Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010” (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Artikel Terkini