BACHOK

Bandar Pelancongan Islam

Lambang
Lokasi

Bachok (Jawi: باچوق ) merupakan salah satu daripada 11 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada: Kota BharuPasir MasTumpatPasir PutehBachokKuala KraiMachangTanah MerahJeliGua Musang dan Tanah Tinggi Lojing. Sehingga hari ini Jajahan Bachok adalah sebuah jajahan yang terbaru di Negeri Kelantan.

Sejarah Bachok

Bandar Bachok terletak di sebelah barat daya, lebih kurang 35 kilometer dari Kota Bharu.

Ia terkenal sebagai sebuah perkampungan nelayan. Menurut penduduk setempat, nama Bachok berasal daripada dua perkataan Siam ban dan chakBan bermaksud kampung dan chak bermaksud nipah yang pada asalnya merujuk kepada Kampung Nipah, satu perkampungan yang lebih padat penduduknya yang terletak di selatan bandar Bachok sekarang. Bandar Bachok pada masa dahulu mungkin merupakan sebahagian daripada Kampung Nipah.[perlu rujukan]

Nama Ban Chak pada akhir berubah menjadi Bachok, mungkin kerana ia lebih senang disebut.

Orang Siam tempatan (yang kebanyakannya tinggal di Kampung Balai, lebih kurang tiga kilometer ke utara bandar Bachok) pada hari ini masih memanggil Bachok sebagai Ban Chak atau Kampung Nipah.

Sejarah/dongeng nama-nama lain

Kononnya pada zaman dahulu kala terdapat sebuah batu menyerupai seekor burung yang seakan-akan sedang terbang dari laut di tepi pantai sepanjang kira-kira 2 kilometer itu. Tempat di mana batu yang dikatakan wujud kini dikenali sebagai Kampung Tok Burong.

Masyarakat dahulu kala di sini juga percaya mengenai cerita kononnya wujud sebuah kemudi emas yang timbul dipermukaan air di pantai itu bersama-sama seekor buaya putih.

Menurut cerita, buaya putih sakti itu telah mengambil seorang budak perempuan di situ untuk dijadikan anak angkatnya sehingga dewasa.

Kerana sayangnya yang tidak terhingga, buaya putih itu sentiasa memberi berupa barang-barang kemas kepada budak perempuan itu. Tempat di mana berasalnya cerita dongeng itu kini dikenali sebagai Kampung Seri Kemudi[2].

Tempat Menarik

Masjid

Penginapan

Makanan & Minuman

Pengangkutan

Pusat Beli-belah

Senarai Mukim

RUJUKAN

wikipedia

Artikel Terkini